PENGENALAN
Alam sekitar sering di abaikan oleh
orang ramai tentang kepentingannya. Walau bagaimanapun, terdapat inisiatif yang
diambil pemimpin-pemimpin di seluruh dunia. Mereka telah membuat perancangan
dan menjalinkan kerjasama dalam usaha untuk menangani isu masalah alam sekitar
yang semakin meningkat di dalam negara masing-masing. Walaupun , kebanyakkan
negara sedang mengejar pembangunan terutama dari segi ekonomi dan infrastruktur
tetapi pemimpin-pemimpin negara ini beruasaha untuk memulihara dan memelihara
flora dan fauna yang terdapat di negara mereka. Oleh itu, disebabkan masalah
alam sekitar yang semakin meruncing dikalangan negara membangun terutamanya
maka telah wujud satu teori yang bertujuan untuk menyeimbangkan pembangunan dan
alam sekitar iaitu Teori Pembangunan Mampan seiring dengan usaha mereka
mengejar status negara maju.
Pembangunan mampan yang dimaksudkan
adalah satu konteks di mana ia adalah pembangunan yang di jalankan di sesebuah
negara secara berterusan tanpa meminimakan potensi keupayaan demi memenuhi
keperluan pada masa depan. Penggunaan sumber alam merupakan faktor utama dalam
menjalankan pembangunan mampan ini. Hal ini kerana kuantiti penggunaan sumber
alam ini iaitu dari sumber hutan akan memberi kesan negatif terhadap negara
pada masa akan datang jika tidak ada inisiatif yang diambil tetapi ia akan
memberikan kesan positif sekiranya penggunaan sumber alam ini dikawal secara
efektif dan pengeluarannya mengikut keperluan sesebuah negara seiring dengan
usaha memelihara dan memulihara yang dijalankan dari semasa ke semasa oleh
sesebuah negara tersebut.
Pembangunan mampan juga tidak
tertumpu pada suatu faktor sahaja. Hal ini di mana ia perlulah mengambil kira keadilan
sosial, keperluan manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari
segi ruang dan masa. Hal ini juga menekankan kepentingan kesihatan dikalangan
rakyat kerana ia merupakan salah satu faktor yang harus diambil berat dalam
usaha melaksanakan pembangunan mampan di sesebuah negara. Perkara ini
merangkumi ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan yang perlu diambil
perhatian oleh pemimpin negara tersebut.
PERBINCANGAN
26 PERINSIP PEMBANGUNAN MAPAN DI PERSIDANGAN STOCKHOLM
Perintis perinsip ini adalah persidangan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) stockholm,sweden pada 1972. Persidangan
ini menekankan peranan ahli sains dan masyarakat dunia dalam menjaga alam
sekitar dan kehijaun daun-daun di sekeliling.
Terdapat 26 Perinsip pembangunan mapan yang wujud pada persidangan
stockholm dan perinsip-perinsip yang telah dibincangkan boleh dibahagikan
kepada 5 bahagian utama.
Bahagian pertama adalah sumber semulajadi harus
dikawal rapi dan disimpan, sumber hasil bumi yang boleh diganti harus
dikekalkan dan sumber yang tidak boleh diganti harus dikongsi bersama. Apa yang
boleh disampaikan disini adalah merujuk kepada dasar-dasar alam sekitar dan
pembangunan sendiri serta tanggungjawab memastikan segala aktiviti yang
dijalankan tidak mendatangkan kerosakan alam sekitar yang akan membabitkan negara
lain serta melampaui bidang kuasa sesebuah negara itu.
Disamping itu, dikalangan negara
haruslah bekerjasama dan bersatu padu dalam menjalankan aktiviti yang dapat
memelihara flora dan fauna diantara negara itu. Mereka boleh mewujudkan suatu
kerjasama dalam mengitar semula bahan buangan negara mereka dengan menghasilkan
produk baru di negara yang mempunyai teknologi yang tinggi dan mempelbagaikan
produk yang akan dihasilkan.
Perinsip
kedua yang terhasil adalah setiap negara harus menetapkan standard pengurusan
alam sekitarnya sendiri dan mengeksploit sumber tersebut mengikut keperluan
tanpa membahayakan negara yang lain. Satu kerjasama antarabangsa harus
ditetapkan untuk meningkatkan kualiti alamsekitar.
Negara-negara yang
terlibat sentiasa mengemaskini sumber asli yang digunakan dan sentiasa dan
memantau penggunaanya secara berkesan agar tidak menjejaskan aktiviti
pembangunan negara serta tidak menyebabkan berlaku kepupusan bekalan sumber.
Negara-negara hendaklah bekerjasama berlandaskan perkongsian global untuk
memelihara, melindungi dan memulihara kesejahteraan serta integriti ekosistem
bumi sumbangan setiap negara terhadap degradasi alam sekitar global walaupun
mempunyai kesamaan tetapi tanggungjawab adalah berbeza.
Negara-negara harus mempunyai kesedaran dimana
sedar akan tanggungjwab mereka dalam usaha antarabangsa ke arah pembangunan mampan dalam konteks
penglibatan rakyat mereka dalam peringkat global, teknologi dan sumber-sumber
kewangan di bawah kawalan mereka.Selain itu, negara-negara itu hendaklah
bersama-sama memajukan suatu sistem di peringkat antarabangsa dengan membina
dasar terbuka dan membina membawa kepada pertumbuhan yang mampan seiring dengan
status sesebuah negara tersebut disemua
negara yang bertujuan untuk mengutarakan masalah-masalah degradasi alam sekitar
kearah yang lebih baik.
Tindakkan
bersama untuk menghadapi cabaran-cabaran alam sekitar di dalam bidang kuasa
negara-negara pengimport sangat digalakkan.
Walau bagaimanapun langkah-langkah mengahadapi masalah alam sekitar
rentas sempadan atau global hendaklah sebaik mungkin berdasarkan persetujuan
antarabangsa.
Manakala perinsip ketiga adalah pencemaran
yang berlaku tidak harus dibiarkan diselesaikan oleh alam sekitar secara
semulajadi , dan pemcemaran lautan harus dicegah. Alam semulajadi sememangnya
tidak akan pulih jika pencemaran berlaku secara berterusan. Perinsip ini
termasuk dalam usaha pembangunan mampan kerana kepentingan pemeliharaan alam
sekitar yang sememangnya agenda uatama pembangunan mampam.
Desakan pembangunan yang
seringkali mengakibatkan pemeliharaan alam sekitar terpinggir . bagi mencapai
matlamat pembangunan mampan, dengan memperkenalkan pengurusan bersepadu alam
sekitar dan sumber asli pemeliharaan kepelbagaian biologi dan ekosistem
merupakan agenda pembangunan mampan dari sudut alam semulajadi dan kebolehdapatan
sumber asli Industri Bioteknologi terus berkembang , pemeliharaan kepelbagian
biologi yang memastikan ekologi berfungsi dengan baik harus diutamakan .
pengurusan bahan toksik dan merbahaya secara berkesan merupakan keperluan asas
dalam memastikan corak pembangunan yang mampan.
Pembangunan mempan menuntut
penghasilan buangan toksik dan merbahaya diminimumkan , kitaran semula bahan
buangan digalakkan, rawatan dan pelupusan secara lebiih mesra alam dilaksanakan
dan kemudahan perkhidmatan rawatan bahan buangan toksik dan merbahaya harus di
perluas.
Pencemaran alam sekitar
adalah merupakan masalah global yang dihadapi oleh semua negara.Kesedaran
tentang kemerosotan kualiti alam sekitar bermula sejak awal tahun 1910-an
apabila persidangan pertama dunia yang diadakan di Stockhlom,Sweden
membincangkan tentang pencemaran alam sekitar.
Dalam usaha mengejar
kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan
projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering
mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang telah timbul akibat pelaksanaan
projekpembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi
yang kian membangun dapat memberi kesan pencemaran kepada alam sekitar. kesan
negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia dan sumber-sumber ekonomi.Untuk
mengurangkan kesan-kesan negatif tersebut , setiap aktiviti ekonomi dan
pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan danpemeliharaa alam
sekitar.
Umumnya pencemaran alam sekitar boleh
ditangani dengan proses semula jadi tetapi apabila berada di tahap yang
serius,pencemaran tersebut sukar untuk diatasi .Olehitu, camput tangan semua
pihak amatlah penting.Pencemaran alam sekitar berbeza antara sebuah negara
dengan negara lain mengikut taraf sosio-ekonomi. Di negara-negara maju,
pencemaran lebih banyak berlaku kesan daripada pembuangan bahan-bahan
kimia.Bagi negara membangun pula,pencemaran lebih menjurus kepada
bahan-bahanorganik lain seperti sampah,najis dan sisa-sisa makanan.
Hanya sedikit sahaja
pencemaran daripada bahan kimia dihasilkan Takrifan Pencemaran. menurut Akta
Kualiti Alam Sekitar 1974 yangmenyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang
perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat
fizik,kimia,biologi atau aras-arasradiasi mana-mana bahagian alam sekeliling
dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan
keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan
keadaan berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau
organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan
dandisenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam.Memandangkan dunia sekarang
sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut
diambil.
Langkah untuk
melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia
adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan perlulah memperketatkan
undang-undang untuk melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam
Sekitar patut diperbanyakkan.Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara
besar-besaran perlulah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum
sesuatu operasi perindustrian yang akan dijalankan.
Pengguna memainkan
peranan yang penting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang
pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang membolehkan
pencemaran kurang berlaku. Tanpa permintaan terhadap barangan yang boleh
menyebabkan pencemaran, pengusaha kilang juga perlu menggunakan bahan-bahan
yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kitasepatutnya memilih
racun serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC.
TEORI
PEMBANGUNAN MAPAN
Pembangunan mapan bermaksud
pembangunan yang memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan
memenuhi keperluan pada masa depan. Pembangunan mapan juga dikenali sebagai pembangunan
lestari atau pembangunan seimbang.Teori pembangunan mapan diperkenalkan untuk mencapai
keseimbangan dalam pembangunan dan penjagaan alam sekitar. Kesedaran berkaitan perlunya
alam sekitar yang terkawal telah mendorong kebanyakan negara-negara di dunia untuk
mempertingkatkan tahap persekitaran dunia yang sering diancam oleh aktiviti manusia.
Pembangunan Bandar yang mapan harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya
pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan
keatas Bandar dan kawasan sekeliling. (White&whitney,1992)
Pembangunan mapan bertujuan membawa mutu
hidup yang lebih baik pada masa kinidan masa depan sambil melindungi dan mungkin
memperbaiki mutu alam sekitar serta penggunaan sumber asli. Pembangunan Bandar
yang mapan perlu mengambil kira keadilan sosial, keperluan manusia asas dan kesedaran
persekitaran dari segi ruang dan masa. Kesihatan ekonomi Bandar adalah salah satu
cara untuk mencapai pembangunan mapan. Justeru itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan
dan kemiskinan perlu diambil perhatian dan daripadanya peranan aktiviti
informal serta perdagangan skala kecil (pretty commodity sector) menjadi penting.
(David Drakakis-smith.1995)
Pembangunan mapan bukan merupakan satu
idea yang baru. Dalam sejarah manusia telah banyak membincangkan kepentingan harmoni
di antara alam sekitar, masyarakat dan ekonomi. Perkembangan konsep Pembangunan
mapan telah berlaku dengan cepat sejak tahun 1980-an. Pada tahun 1990-an, pelan
pembangunan mapan wilayah dan sektor telah dibangunkan. Pelbagai kumpulan dari ahli
perniagaan, kerajaan tempatan hingga kepada organisasi antarabangsa seperti
Bank Dunia telah menyesuaikan konsep dan member interpretasi mereka sendiri. Pada
tahun 1992, pemimpin-pemimpin yang menghadiri siding kemuncak Bumi di Rio telah
membuat beberapa perjanjian dan konvensyen berkenaan beberapa isu seperti perubahan
cuaca, penggondolan dan penebangan hutan di dalam kerangka Laporan Brundtland. Mereka
juga membuat draf strategi tindakan Agenda 21 sebagai perancangan kerja untuk alam
sekitar dan isu pembangunan bagi dekad akan datang ini.
Matlamat Pembangunan
mapan yang ingin dicapai oleh kerajaan ialah pemuliharaan sumber, pembangunan fizikal,
kesakmaan sosial, kualiti alam sekitar dan penyataan politik. Pemuliharaan sumber
ialah penggunaan tanah yang efektif, pengurangan mengguna sumber yang tidak boleh
diperbaharui dan pemuliharaan pelbagai sumber semulajadi untuk memastikan penawaran
sumber semulajadi yang cukup bagi masa kini dan masa hadapan. Pemuliharaan termasuklah
penggantian sumber yang terhad, mengubahkan cara penggunaan sesuatu sumber dan
memberi perhatian kepada faktor ‘intangible’ seperti nilai keselesaan dan nilai
warisan.
Pembangunan fizikal memastikan
pembangunan dapat diseimbangkan dengan alam semulajadi dan saling memanfaatkan dengan
meminimumkan pembaziran sumber. Ini dapat membantu menyedarkan komuniti tentang
peluang yang terdapat di kawasan tersebut. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan
pembaziran sumber dan keburukan kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan
mengalami tekanan pembangunan yang melampau menyebabkan sesetengah kawasan mengalami
kemerosotan perniagaan seperti kehilangan pekerjaan dan penutupan perniagaan.
Kualiti alam sekitar
juga perlu dititikberatkan dalam pembangunan bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar
dan pembangunan yang akan mengugut kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti kehidupan.
Langkah-langkah perlu diambil untuk mengurangkan dan mengubah proses
pengeluaran yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia seperti cara pembuangan
dan pelupusan sampah sarap dan pembuangan sisa-sisa ke dalam sungai dari kilang
harus dititikberatkan.
Kesaksamaan sosial dari
segi peluang ekonomi antara golongan kaya atau miskin serta menggalakkan pembangunan
yang dapat mengurangkan wujud ketidaksamaan sosial juga penting. Ini dapat mengurangkan
pembaziran tenaga manusia. Akhir sekali, penyertaan politik yang menggalakkan komuniti
menyertai dalam proses membuat keputusan.
Pembangunan mapan juga
membawa beberapa kepentingan seperti mengelakkan atau melambatkan kepupusan
sumber, melambatkan kepupusan sumber tenaga fosil, mengelakkan kepupusan
spesies dan memastikan industri pengeluaran tidak merosakkan alam sekitar. Oleh
itu, kerajaan telah menggunakan pendekatan pembangunan mapan dalam beberapa
sektor dan salah sektor ialah industri primer iaitu sektor perhutanan dengan
mengurangkan penebangan pokok dan mengadakan rancangan tanam semula untuk
menggantikan pokok yang telah ditebang, sektor pertanian dengan meningkatkan
pengeluaran produk pertanian yang berkualiti baik dan berhasil tinggi seiring
dengan pengurangan penggunaan baja kimia dan sektor perlombongan pula dengan
menggantikan bahan api fosil dengan bahan api yang boleh diperbaharui seperti
tenaga solar, air dan angin. Beberapa kesan-kesan utama terhadap alam sekitar
bandar yang telah dapat dikenalpasti akibat daripada tidak mengamalkan
pendekatan pembangunan mapan ialah perubahan imbangan sinaran tenaga dan
gangguan kitaran hidrologi.
Selain daripada itu, pihak
kerajaan juga boleh melancarkan beberapa kempen yang berkaitan dengan alam
sekitar dan kesedaran kepada masyarakat di peringkat kerajaan negeri seperti
kempen kitar semula, cintailah sungai dan sebagainya. Kesedaran tentang kepentingan
alam sekitar dapat ditanam dalam pemikiran masyarakat melalui kempen ini. Oleh
itu, pihak kerajaan dan swasta perlu merancang strategi yang sesuai bagi
menarik anggota masyarakat tidak mengira usia untuk menyertai kempen-kempen
yang dijalankan.
Salah satu tindakan
yang telah diambil oleh kerajaan ialah pihak berkuasa seperti Kementerian
Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar perlu memainkan peranan utama dengan
menjatuhkan hukuman kepada individu atau
organisasi yang telah didapati bersalah memusnahkan alam sekitar semata-mata
untuk kepentingan diri sendiri. Hukuman seperti mengenakan denda yang tinggi
perlu dikenakan keatas kesalahan mereka yang mencemarkan dan memusnahkan alam sekitar.
Selain itu, tindakan penguatkuasaan undang-undang hendaklah dilaksanakan tanpa
sikap memilih bulu dan dilakukan secara tekal dan tidak seperti ‘melepaskan
batuk di tangga’. Kadang-kadang mereka tetap tidak serik dengan hukuman yang
dikenakan dan akan terus mengulangi perbuatan keji ini jika hukuman yang
dikenakan terhadap mereka tidak begitu berat. Oleh itu, pihak berkuasa perlulah
lebih tegas dalam mengenakan hukuman terhadap pihak yang merosakkan alam
sekitar supaya mereka tidak lagi melakukan kesalahan yang sama dimasa akan
datang dan hal ini boleh mengelakkan daripada pencemaran dan pemusnahan alam
sekitar berlaku dan keseimbangan antara manusia dan alam sekitar dapat
dikekalkan.
Kesimpulannya, konsep teori
pembangunan mapan yang telah diperkenalkan ini haruslah dilaksanakan oleh semua
negara kerana ia merupakan salah satu idea baru dalam corak pemikiran untuk
pembangunan dan alam sekitar negara. Dalam aspek pembangunan, konsep ini boleh
dijadikan sebagai rujukan ataupun panduan untuk kita melaksanakannya. Oleh itu, keseimbangan antara elemen alam
sekitar dan manusia perlulah diseimbangkan bagi memastikan pembangunan ini berjalan seiringan untuk mengelakkan
berlakunya ketidakseimbangan corak pembangunan. Etika alam sekitar perlu
diwujudkan dalam diri setiap manusia bagi mencapai matlamat pembangunan dengan
baik tanpa memberikan sebarang kesan buruk atau negative kepada manusia dan
alam sekitar disamping dapat menjaga keseimbangan antara kehendak manusia dan
alam sekitar dalam merancang dan menjana pembangunan negara.
Rujukan :
·
http://anelyza.blogspot.com/2012/05/6-cara-cara-melaksanakan- pembangunan.html